Monday, 24 June 2013

KEM JATI DIRI PELAJAR “HIGH RISK” 2013




SMK KEDAI BULOH KOTA BHARU
LAPORAN KEM JATI DIRI PELAJAR “HIGH RISK” 2013

ANJURAN :KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

I
PERKARA
MAKLUMAT
1
TAJUK PROGRAM
KEM JATI DIRI PELAJAR “HIGH RISK” 2013

2
OBJEKTIF PROGRAM

i.                     Memberi pendedahan kepada para pelajar gejala sosial yang sering dikaitkan dengan mereka.
ii.                   Menanamkan dan meningkatkan sikap asertif dalam diri setiap peserta.
iii.                  Menyelami jiwa,rawat rohani dan perkasa peribadi pelajar.

3
TARIKH PROGRAM
11,12 & 13 APRIL 2013
4
TEMPAT PROGRAM
KEM HANAN TOK SELEHOR, TUMPAT KELANTAN
5
PENYERTAAN


i)                    Bil. Guru terlibat
10

ii)                   Bil. Pelajar  terlibat
57
6
PERBELANJAAN (KOS)
RM5600

7
IMPAK PROGRAM
Pelajar didedahkan dengan kepentingan mendalami prinsip-prinsip seorang pelajar yang bersesuaian dengan iklim sekolah dan cara-cara yang betul untuk mengurus diri  .Pelajar juga diberi pendedahan memahami bidang tugas sebagai seorang pelajar yang diamanahkan kepada mereka di samping ketahanan mental dan fizikal .

i)                    Kekuatan
1.Keseluruhan pelaksanaan program menepati objektif yang  disasarkan.
2 Persekitaran  kursus memberi peluang kepada para pelajar melihat dan menimba pelbagai ilmu.
3. Kerjasama daripada pihak pentadbir, guru dan pelajar sangat baik.

ii)                   Kelemahan
1.Bilangan peserta terpaksa dihadkan kerana kekurangan peruntukan kewangan
2. Guru-guru dan AJK kerja kursus tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terutama pada hari terakhir kursus kerana bertembung dengan program jabatan.

iii)                 Penambahbaikan

Perlu program susulan kepada pelajar yang mengikuti ini.
8
RUMUSAN PROGRAM
Program yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya.Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak pentadbir dan semua guru yang telah memberi kerjasama dan menyumbangkan idea bagi memantapkan pelaksanaan program.Diharap program ini memberi banyak manfaat kepada para  pelajar.
9
GAMBAR GAMBAR AKTIVITI


Sesi LDK yang disertai pelajar


Akur janji dan simbolik program pembuangan sikap negatif pelajar yang disempurnakan oleh PK HEM



Ucapan wakil pelajar majlis penutup kem



Majlis perasmian penutup kem yang disempurnakan
oleh PK Pentadbiran